Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 11 polis Afghanistan terbunuh ketika militan Taliban menyerang pusat pemeriksaan di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata pihak berkuasa.
Serangan terhadap dua pusat pemeriksaan polis itu adalah serangan terbaru dalam siri serangan maut terhadap pasukan keselamatan yang diakui Taliban.
Pemberontak Taliban melancarkan serangan awal pagi di kawasan Qalai Sang, ibu kota wilayah Lashkar Gah.
"Anggota kami menyerang balas, tetapi malangnya 11 terbunuh dan dua lagi cedera. Pemberontak melarikan diri selepas melakukan serangan," kata Gabenor Wilayah, Hayatullah Hayat
Ketua Polis Wilayah, Ghafar Safi berkata, 15 anggota Taliban turut terbunuh dalam pertempuran itu.
Selepas hampir 16 tahun peperangan, kumpulan militan itu tidak menunjukkan tanda-tanda lemah, malah semakin meningkatkan serangan mereka terhadap tentera kerajaan hingga memburukkan lagi keadaan di negara bergolak itu. - AFP
17 Disember 2017 - 16:53
News ID: 872958
Sekurang-kurangnya 11 polis Afghanistan terbunuh ketika militan Taliban menyerang pusat pemeriksaan di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kata pihak berkuasa.